Total Pageviews

Friday, April 29, 2011

ILMU

ilmu,
tak akan habis pencariannya
mana saja kita berpijak, 
di situ adanya.
habis satu tempat,
pindah ke tempat lain,
kata orang,
"jauh perjalanan, luas pemandangan, pertambah pengalaman"
itulah ilmu namanya
dengan pengalaman, kita semakin tahu

tapi ilmu sentiasa berubah
dicari kita dapat,
yang lama bertukar baru,
kita cari lagi....
cari dan terus mencari ILMU
dengan keredhaan-Nya
Amin.

Suliza Saad
29 April 2011
KKM, UKM


tiga thn dah aku kat UKM, tamat pencarian ilmu disini...
selepas ini, mencari ilmu lain untuk terus meniti dan penuhi rencah hidup.

Monday, April 25, 2011

alhamdulillah siap edit 4 bab...semoga diterima.

Sunday, April 24, 2011

Coretan untuk Bonda



ilham puisi : lagu Jasa Bonda oleh Warisan


Jasa Bonda 
(Warisan)

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Friday, April 22, 2011

Syiling



Ha....ini pulak koleksi wang syiling...
minat ni bermula ngan mak aku ler..dia rajin kumpul syiling luar negara.
lps tu akak ngan abg aku pun ada kumpul. tp last skali syiling2 tu dpt kat aku...
aku kumpul smpai sekarang. mak sedara aku pun ada jugak bagi syiling2 luar negara kat aku.
baru2 nih, lecture aku plak bagi buku coint
terima kasih kepada semua yang menambahkan koleksi nih.. hehehe....
insyaallah, minat aku mengumpul wang syiling dan kertas ni akan berterusan.









Wang Kertas



hobi sambilan aku....kumpul duit..hehehe.... sekadar main2 lagi.
ni ada la sikit koleksi wang kertas dalam simpanan sekarang.









SenyumMu

Kopi dan Latihan Ilmiah

Latihan ilmiah. 1 benda yg xtau bila nak siapnya... tmbah plak bila esei kena ada teori atau pendekatan. aku cukup lemah dengan teori...waaa... tolong aku... malam ni smbung lagi menaip sambil ditemankan kopi pekat bg mengelakkan mata layu... huhuhu... bukan aku ja yg bertemankan kopi ni... 2 jiran aku pun sama... Nor & Zety. pakat2 la berjaga minggu ni... hehe...

Wednesday, April 20, 2011

Jamuan Akhir



PERHATIAN


JAMUAN AKHIR PELAJAR PRORGAM PERSURATAN MELAYU TAHUN 3, PPBKKM

TARIKH: 23 APRIL 2011 (SABTU)
MASA : 8 MALAM
TEMPAT: FSSK (dpn kedai fotostat laluan ke Pusanika)

Turut diundang: Para Pensyarah Program Persuratan


* Tolong sebar-sebarkan kepada semua rakan sekelas

Ungu Karmila


"Bila halusinasi menguasai minda
Akal perlu bertindak
Berteraskan iman
Logik dan kewarasan
Mengukuh keadaan
Stabil..."




Aku baru menghabiskan bacaan novel karya Ramlee Awang Murshid setelah lama dalam simpanan. Kesempatan yang ada aku luangkan membacanya sejak dua hari yang lalu.

Cerita thriller yang menarik, dijalinkan dengan unsur mistik (hantu). Namun sebenarnya yang terjadi adalah halusinasi. Racun pada sejenis bunga hutan yang dicambahkan secara kacukan dengan ros menghasilkan sejenis bunga berwarna ungu yang akhirnya diberikan nama UNGU KARMILA. Nama bunga diberikan oleh Arif sempena nama isternya Karmila yang kebetulan menyukai warna ungu. Arif, seorang ahli bioteknologi sering mengkaji bagi menghasilkan spesis kacukan bunga baru untuk dipasarkan. Namun dia terleka dengan satu bunga hutan yang akhirnya membawa padah. Bunga hutan tersebut adalah sejenis bunga beracun. Penyebaran racunnya berlaku melalui dua cara iaitu pendebungaan (masuk melalui rongga hidung-sedutan) dan melalui tusukan duri pada batangnya (umpama patukan ular). Racun menyerang organ penting dan saraf. Kesan utama yang dihadapi oleh mangsa adalah berhalusinasi (kemunculan bayangan dalam minda-perbuatan masa silam,kebencian dan apa saja yang difikirkan oleh mangsa). Mangsa akan menjadi takut pada bayangan tersebut sehingga boleh mencederakan diri dan juga orang di sekeliling. Orang asli di kawasan tersebut menganggap perkara itu adalah disebabkan oleh amukan penunggu hutan yang mengamuk apabila Arif melanggar pantang-larang iaitu telah pergi ke kawasan bunga tersebut walaupun telah dilarang oleh Tok Batin.


        Konflik berlaku apabila Arafat mengupah lima orang yang terdiri daripada dua kelompok iaitu "penghalau hantu" dan "yang tak takut hantu" ke Villa Sunyi tersebut bagi mencari pembunuh sebenar dalam kejadian kematian keluarga adiknya Arif dan isterinya, Karmila serta orang gaji Jainab pada tahun 1999. Kemuncaknya adalah setiap orang yang berada dalam villa tersebut berhalusinasi sehingga mencederakan serta membunuh. Setiap meraka dihantui masa silam yang sebenarnya adalah halusinasi yang terhasil akibat serangan racun bunga Ungu Karmila dalam rumah tersebut. Dr. Ismadi menemukan jawapan dari kekusutan situasi yang berlaku walaupun dia sendiri turut diserang situasi halusinasi. Dino yang dapat melarikan diri dari rumah tersebut juga akhirnya pulih melalui putaran udara segar dalam hutan yang turut meningkatkan sistem antibody dirinya. Dr. Ismadi menggunakan ubatan moden dan senaman yang konsisten bagi meningkatkan daya pertahanan dalam dirinya dan akhirnya halusinasi itu berjaya disingkirkan. Segalanya berubah menjadi baik.

Bunga hutan di kawasan larangan terus BERKEMBANG dan hayatnya tiada siapa yang tahu.

Tuesday, April 19, 2011

Perang


Aku Mu LAUT

Kecil lagi hidup AKU sudah bersama laut
Mengikut rentak ombak memutih
Mengejar ketam-ketam kecil
Mengutip kulit-kulit siput dan karang mati
Yang terdampar dibawa ombak ketepian
Cantiknya memukau mata
AKU senang begitu
Laut menenangkan
Baunya sentiasa dirindui
Angin yang menampar
Selalu terbayangkan mesranya
Memijak pasir-pasir pantai memutih
Terandamnya kaki di dalam air laut
Bahagianya AKU
Aku rindu juga santapan hidangan segar
Hasil dari perut laut
Kerapu...pari...ketam...udang...
Mahukan hari-hari begitu
AKU sentiasa rindu dendam
Dimanapun jasad kini...
Hanya MU LAUT



Suliza Saad
16 April 2011
Padang Puteh, Langkawi

Berita Baik

Assalamualaikum semua...
alhamdulillah, aku dah smpai Bangi semula dengan selamatnya.
ha...balik kampung hr tu, walaupun sat ja..tp ada benda best masa balik kg..ahakkzz....

berita baiknya....... mak aku beli motor baru...ayah aku punya pasal la ni, ckp xdak moto utk aku p praktikal nanti... padahal bleh ja baiki moto yg ada skrng nih. ayah oh ayah. ini la ayah aku bila fikir pasal anak2. terima kasih ayah...



ni la motor baru utk aku pratikal nanti...
tp mak aku kata "moto tu pinjam ja tau..." hahahaa

Wednesday, April 13, 2011

Mau balik kampung

yiieehhaaa.... orang lain tgh bertungkus lumus ber'exam', tapi aku nak lari balik kampung sat no... ehhehe..
malam ni bertolak kul 10 malam. semoga selamat sepanjang perjalanan hingga smpai di rumah...amin....



ni la bas yang selalu aku naik bila balik kampung.
bas yang selesa.
aku penah gak cuba naik bas lain, tp ada ja masalah yang timbul.
alhamdulillah setakat ni bas Seri Maju ni xdak la lagi bermasalah teruk sngat, cuma penah la jugak bas ni tayarnya pecah kat tgh2 jalan. tp biasa la tu kan...

hr tu aku p Penang, terkena la satu kompeni bas nih. dah la berlaku pertukaran masa perjalanan. sepatutnya pkul 9.30 dah jalan, tp tunda ke 10.30...bas yang depa habaq tu cantik ja. tp tiba2 depa tukaq bas la pulak... aku baru kat tangga bas ja aku dah beristifar.... punya la teruk bas tu... buruk, dah tu ditambah lagi ngan baunya yang...perrgghh... tahan ja la... dalam perjalanan, pemandunya la pulak yang buat hal. ada ka patut dia merokok. kalau sekali ja xpa la jugak, ni smpai berkali-kali.. dah la aku x suka sngat bau rokok nih. adoiii..apa la nasib...tp xpe la..perkara dah lepas, yang pasti lps ni aku xkan beli lagi tiket kat kompeni tu...

hanya SRI MAJU yang aku suka... dari thn 1 hinggalah ke thn 3 aku di UKM nih, bas tu la yg slalu aku naik bila balik kampung. cuma time raya balik ngan flight...hahahaa... mau cpt smpai ooo...raya2...
raya thn ni aku dah ada kat rumah..puasa pun kat rumah....bestnya............

Tuesday, April 12, 2011

Peperiksaan pun bermula

MUSIM EXAM DAH 
Oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..

KEPADA SEMUA WARGA UKM, AKU DENGAN SUKACITANYA NAK LA UCAP...
SELAMAT MENDUDUKI, MENJAWAP DAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN...
SEMOGA SEMUA SOALAH DAPAT DIJAWAB DENGAN RASA SEMANGAT, YAKIN DAN BANGGA...

MULAKAN DENGAN LAFAZ BISMILLAH.....




AMIN...
SEMOGA SEMUANYA DIPERMUDAHKAN OLEH-NYA.
SAMA-SAMALAH KITA BERUSAHA

p/s: mcm ucapan raya plak pembukaan tu... huhuhu...  :)

Sunday, April 10, 2011

Potret

Anganku, untuk menjadi pelukis potret yang bagus... Aku mula dengan ini....


Tun Dr. Mahathir Mohamad
11.9.2006
Langkawi


Kakak (Suzira)
8.5.2007
Langkawi


Abang (Suhizam)
28.5.2007
Langkawi


ayahanda tercinta
15.11.2007
Langkawi


15.11.2007
Percubaan menggunakan Water colour
Langkawi


Keris Mas (Kamaluddin Muhammad)
9.4.2009
UKM


Hadzeeq
2.7.2010
UKM


Kak Idah
3.7.2010
UKM

Saturday, April 9, 2011

Thursday, April 7, 2011

Hasil Kraftangan

Buka crita lama, kisah kelas pilihan bebas semester 4 dulu. Aku ada la ambik satu kelas nih, Subjek Kreativiti dan Kraftangan. Dalam kls ni kami blajar utk hasilkan barang kraf untuk digunapakai bagi mengajar kanak2 istimewa (khusus bagi pelajar Pendidikan Khas). Setiap orang dlm kls tu kena hasilkan satu kraf, pastu ajar kpd semua. Dalam banyak2 kraf tu, aku paling suka kraf yg diajar oleh sorang budak cina nih, gunakan pembalut makanan aluminium tu... penyek2, renyuk2...pastu hasilkan satu bentuk... mcm2 bntuk yg ada. aku buat bntuk orang, siap duduk ats kerusi lg..hahaa.... tp, hasil kraf tu aku masih simpan lg. aku panggil "jenglot" sbb kecik dan cumelll.... kuikui... 





My little Jenglot
ahakkzz...

My little Tarantula