Total Pageviews

Monday, March 28, 2011

TOM YAM BUJANG

ha...mai..mai..mai..... hari ni kita mkn tom yam bujang. hehe... ptg td, aku, umi & zety p la pasaq mlm, beli bahan2 nak buat tom yam. sblm ni mkn durian kan, tp hr ni tukaq selera pulak. jom kita msk TOM YAM BUJANG... 


                Bahan-bahan
                1. perencah tom yam adabi
                2. ayam (dipotong dadu)
                3. sawi
                4. kubis
                5. tomato
                6. bebola ikan
                7. bawang besar
                8. cili
                9. limau nipis
               10. daun limau purut
               11.garam
               12. serai
               13. brokoli


hah.... ini sajalah bahan2nya...dah ada bahan, potong la ikut suka hampa. hehe... dah siap potong tu, jgn lupa basuh plak bahan2 tu yer. ntah ada debu ka, ulat ka kat sayoq2 tu... seterusnya, kita msukkan ja semua bahan2 td ke dalam periuk (kami guna rice cooker ja, bujang la katakan..). bila dah msukkan, tutup periuk tersebut dan biarkan smpai mendidih... bila dah masak, tunggu apa lg..cari mangkuk la... perrgghh.. sodap jugak TOM YAM BUJANG kami nih. hahaha..... puas hati la menghirup, lepaih ni cari bahan buat sup plak. tu pun kalau berkesempatan la yer.... ok la pembaca2 resepi sekalian... aku chow dulu. ni ada gmbaq tom yam bujang kami td.. tinggai gmbaq ja la, isi dlm periuknya dah hbis pun..wahaha.... zaaasss



yuummmyyyyyyyyyyyyyyyyy...

Friday, March 25, 2011

Terlepas Kempunan...


Aroma buah durian yang wangi kat pasar malam td mmg berjaya menarik aku dan Zety untuk membeli. bukan sebiji, tapi 2 biji buah durian. pilih-memilih, akhirnya dapat yang sesuai, fuuhh... manis, sedap, lembut isinya. sampai tersandar kami mkn, terlampau kenyang. memeng puas hati la... lama dah rasa nak mkn durian nih, cuma x kesampaian dengan harganya yang agak mahal kerana belum tiba musim. tapi td ada durian yang harganya RM6.00/kilo. apa lg, kami mmg x tunggu lama. pilih dan terus beli.... 
 Yuuummyyyy..

Tuesday, March 22, 2011

Kurik Kundi nyanyian Siti Nurhaliza


Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan

Nak berkisar kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Oh... oh... oh...
Kalau rendah masih jadi intan

Teratak mahligai bak dipayung teduhnya
Bila budi melingkar anak asuhan
Adat yang lama berbudi berbahasa
Akar kehidupannya

Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Oh... oh... oh...
Pantun lama tinggi kiasannya

Berpantun seloka sambil menari canggung
Serentak melangkah rentak timur diarak
Gurau senda
Sopannya dijaga
Sepakat makin kukuh terikat

Hang dok pi hang dok mai
Lagu tu lagu mana
Pi sini pi sana depa menghela sakan
Awatlah dok kalut megah condong ke barat
Mai kita...

Pakat tarik ramai-ramai
Biar ke timur condongnya


-Tu ka?


Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisar kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Oh... oh... oh...
Kalau rendah masih jadi intan

( Perak )
Ada...O...ada E...
Bunyinya tidaklah serupa
Erti tidak berbeza

Betui yong betui sungguh
Betui ape di kate

Selembut tarian hoi...
Nak muda berlotah
Tutur bahasanya

Maghi yop maghilah yong
Maghi kita memikio
Parit dengan kuala
Cakap tidak serupe...


-Ateh


Dihitung beratus beratus bilangan
Digali beratus-ratus terpendam
Dilubuk yang mana tak terjangkau ingatan
Makin dibongkar makin banyak yang terpendam
Disini ibunya

Tersurat kurik itulah kundi

Tertulis merah itulah saga

Saga dalam lagu pada indah syairnya
Kundi dalam tarian
Indah lenggok tarinya
Aduhai indahnya...

( Negeri Sembilan )
Mana usang diperbarui
Mana lapuk hai dikajangi
Mana elok dipakai ondeh dipakai
Kalau singkat cantik manis
Disambungkan...
Kalau panjang cantik manis...
Mintak dikerat...


-Yo lah


Yo sungguh yo bonar
Kato sungguh dikato

Muafakat ya tuan
Ibu adat di ondeh tidak dilupa

Tak boghodat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Pohon tidak berbuah
Tak boghodat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Bagai pohon tidak berbuah




Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Oh...oh...oh...oh...
Pantun lama tinggi kiasannya

Halus manis hai bila berkata
Hai lapik berkias molek sungguh lah weh
Santun lakunya weh merendah suara
Bagai berpayung weh rasa teduhnya



( Kelantan )
Teghtek teghning oghe kito
Hok tu keno jago
Jange sapa berlete kale
Luar napok come jange dale
Habih kuca lembe
Luar napok come
Jange dale habih kuca lembe

( Sabah )
Membubutlah bayu
Lalu limpas siring semalu
Mengalai bagai tari sesuku
Tari sesuku

( Sarawak )
Selembut madah begitu taghi
Sek ada sakit ghasa di hati
Kame` nyambut madah tuan hulurkan
Kita` nyambut madah kame` hulurkan

Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisah kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Oh... oh... oh...
Kalau rendah masih jadi intan

Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Oh... oh... oh...
Pantun lama tinggi kiasannya



Thursday, March 17, 2011

Bengkel Latihan Industri

BENGKEL LATIHAN INDUSTRI PROGRAM PERSURATAN MELAYU SESI 2010/2011



BENGKEL PENGURUSAN KOMUNISI
9 MAC 2011 (SABTU)



Friday, March 11, 2011

alahai.... latihan ilmiah... idea apa mau msukkan lg nih?? blurr sudah otak ni....




Wednesday, March 9, 2011

Kaunter Pertanyaan

A




boring..boring...boring.... memang boring dok kat bilik ja seharian. asyik tidoq, dengaq lagu...apa keja x siap. so mlm ni aku lepak la kat FSSK. kononnya nak buat keja la.. ehhehe.... lepak mmg dah best smbil layan tesis. tapi ada plak yang lain mengganggu. ramai yang ada kls kat FSSK mlm ni tp bnyaknya budak fakulti lain. aku dah la dok kat meja paling hujung, dekat ngan laluan tepi tangga. alahai....x bestnya bila ramai ja yang lalu, pastu singgah kat meja aku... "tumpang tanya boleh, bilik ... kat mana yer?"...."assalamualaikum, bilik ni kat mana?"
menjawab la aku..... adoi...dah rupa kaunter pertanyaan aku rasa kat meja aku nih. hahhahaha.... ni yg rasa nak kenakan cas nih...1 pertanyaan lima kupang. mau lps mkn tengah hari aku esok kalau buat mcm tu... kahkahkah........


Monday, March 7, 2011

KERINDUAN DI HATI




Aku rindu untuk MELUKIS. Tapi sayang, semua berus lukisan aku tertinggal di kampung masa cuti yg lepas bila aku bawa balik untuk lukis mural di dinding sebuah TASKA. setakat lukis katun ja la.. huhuhu..tapi aku suka sebab boleh pertingkatkan skill melukis aku walaupun hanya melukis katun.




Hasil lukisan mural yg paling aku suka setakat ini



Pertahankan Permainan Tradisi

Assalamualaikum... 
hari ni aku nak bercakap sikit pasal permainan tradisional Melayu. Orang Melayu kaya dengan permainan tradisi, namun semakin hari semakin dilupakan oleh generasi muda kini. Mungkin disebabkan kemodenan yang semakin bercambah terutamanya teknologi dan IT. Antara permainan tradisi yang kita ada seperti congkak, batu seremban, gasing, wau, galah panjang dan mcm2 lagi. Aku ingat lagi kecik2 dulu masa p mengaji Al-Quran, masa tu kami akan p lebih awal... mengaji mula pukul 7, kami solat magrib berjemaah dan lepas tu mula mengaji. Tapi selalunya kami akan smpai awal antara pukul 5.50 atau 6.00 petang. Nampak mmc semangat nak p mengaji, tapi bila sampai ja, kami terus main..huhuhu. Macam2 kami main dan permainan tradisi ni selalunya bermusim. Permainan yang selalu kami main adalah batu seremban, congkak, tuju kasut, tuju tin, bola randas, getah, jengket...mcm2 la.... huhuhu...yang pastinya semua permainan tu best... setiap tempat ada permainan yang tersendiri dan kadang2 permainan adalah sama, cuma nama yang berlainan, contohnya batu seremban, kat tempat aku kami panggil batu lambung tangkap. Sesuai dengan cara permainannya yang mana batu dilambung dan kemudiannya ditangkap. 

Aku amat menyokong bila ada pihak yang berusaha untuk mengetengahkan kembali jenis2 permainan tradisional ni kepada masyarakat agar tidak dilupakan mcm tu saja. Baru2 ni pusat pengajian aku iaitu Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu ada melaksanakan satu program iaitu Hari Kecemerlangan dan Apresiasi Seni. Pelbagai program dijalankan seperti pertandingan sajak, pantun, gubahan bunga, anyanam ketupat, pameran busana...dan yang aku paling suka adalah pertandingan permainan congkak, sepak bulu ayam dan batu seremban. Penyertaan untuk pertandingan congkak dan batu seremban adalah yang paling menggalakkan. Yer lah kan, kami semua masih tahu permainan tu dan sentiasa merindui, jadi peluang untuk bermain permainan tu tidak akan dilepaskan walaupun aku kalah... hahaha.... program tersebut memang meriah. Bukan saja pelajar yang sertai, tapi pensyarah dan kakitangan pejabat turut ambil bahagian. Ini juga satu cara mengeratkan silaturrahim.... TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENJAYAKAN PROGRAM TERSEBUT... 


pameran busana oleh pelajar Program Kebudayaan Melayu


anyaman ketupat


gubahan bunga


sepak bulu ayam


batu seremban


pensyarah aku dari Program Persuratan Melayu yang sangat bersemangat 
menyertai pertandingan... huhuhuhu



Congkak


Semuanya bersemangat

Saturday, March 5, 2011

Hari Keluarga Persuratan Melayu-27.2.2011

assalamualaikum... alhamdulillah, selesai sudah Program Hari Keluarga Persuratan Melayu sesi 2010/2011 yang dianjurkan oleh pelajar tahun 3 Program Persuratan melayu, PPBKKM, FSSK, UKM. Bertempat di Hutan Lipur Lentang, Pahang. TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada semua yang memberikan kerjasama dengan baik. Hari-hari terakhir kita bersama di UKM, nikmatilah bersama dan semoga persahabatan kita semua berterusan.


My little Tarantula