Total Pageviews

Friday, January 28, 2011

kerja gila, menculik anak orang... aku ushar2 blog kwn aku, ini plak yg aku jumpa.... sama2lah kita jd warga prihatin...




Bru ym dgn classmate, rehan... dia bg tau anak kawan kpda kwn dia kna culik td.
 jd, kalo nmpak pa pe yg mncurigakan / spt mklumat di bawh
harap membantu ek..

Note: Sekiranya nampak kereta myvi putih bernombor WUS948 dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau seorang wanita bertudung
sila hubungi EN. RASHID 0196267828
 Suspek telah melarikan anak pompuan saya berumur 1 tahun dari nursery 
baru sebentar tadi.
Kawasan: KAJANG.

sebarkan mklumat nih!
salam semua...
em, dah musim cuti tahun baru cina. ramai dah balik kg. blok pun makin sunyi. aku sorang2 ja nih... apa pun, esok aku dah balik. tapi bukan terus ke langkawi, aku balik Penang dulu. p melepak kat rumah kak aku. dah la ni kali pertam aku naik bas dr Kajang ke Sungai Nibong, rasa takut jugak. selalunya aku terus ke Kuala Perlis ja... apa pun, ni la pengalaman. bas pkul 9.30 pagi, harap xdak masalah la sok. semoga selamat tiba di Sungai Nibong.



terminal Sungai Nibong
aku siap cr gmbarnya takut silap turun tempat... kihkihkih

SELAMAT BERCUTI SEMUA

Thursday, January 27, 2011


secawan teh panas dengan aroma yang wangi dan menyegarkan di pagi hari.
walau apa terjadi, laluilah hari-hari mendatang dengan senyuman dan hayati dengan penuh keindahan.

Have a nice day  :)

Saturday, January 22, 2011

entah mengapa aku suka untuk memiliki barang2 seperti ini.



Add caption

Thursday, January 20, 2011

Dealova




Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati telah letih
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu, bahawa aku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Bayangmu seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil
Rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela
Kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi.

Monday, January 17, 2011

TG2KM

ha.....last day
TG2KM (Temasya Gemilang kolej Keris Mas) 2011.
TG kali ni aku rasa agak boring coz x bnyak gerai mkn (aku suka mkn).. huhu.... lps tu plak, terlepas nak tngok car roadshow: ferrari beb.... autoshow vespa pun sama.... terlepas ja.. masalahnya depa buat pameran pagi smpai tgh hari ja... patutnya smpai ptg la der, baru meriah..alahai....
malam penutup plak...lg boring. patutnya pkul 8 dah start, tp pkul 9 lebih baru mula.. bengang gak aku, penat tunggu. persembahan pun alahaiiiiiiiiii......... thn lps lg best la. habis ja persembahan terakhir, kami terus angkat kaki.. tp hati sedikit trubat bila tiba2 ada bunga api... btul2 dpn kami... kihkih... layanzzz...
ni ada gmbar sket...









Gerai2 yg ada...





Emm....produk nimunam baru berasaskan Rosel: RIHEPI
Sedap... huhu.. i like..

Sunday, January 9, 2011

melihat-lihat gambar lama, akhirnya aku terjumpa gambar yang lukisan ynag diambil semasa Bengkel Penulis Remaja Langkawi pada thn 2005 dulu. Lukisan berkumpulan yang menggunakan kaler jenis 'acrylic'. kaler yang hampir menyerupai cat minyak, tetapi bila ditambah air akan menjadi seperti cat air (water colour).


aku masih ingat bila semua peserta kena melukis 1 lukisan atas kain putih yang direntang panjang. peserta yang melukis dengan baik akan mendapat 1 buku kertas lukisan yang cantik. aku pun dapat. aku cuma lukis kartun perempuan bertudung. buku lukisan tu aku masih simpan dan aku syg sngat buku lukisan tu. namun, peserta bukan saja kena melukis, tapi.... kami jugak kena buat persembahan. aku dpt partner utk persembahan dengan sorang budak junior brnama Amalina. huhuhuhu.... kenangan lucu. kami menyanyi lagu dr kump. Sixth Sence- Hari ini dan semalam. lps tu baru la kami kena melukis atas kanvas dengan acrylic. 1 kanvas utk 1 kump yg lebih dr 5 org. ahli kump, plak terdiri dr pelbagai peringkat umur dr sek. rendah dan menengah termasuklah kami dari tingkatan 6. seronok bila melukis ramai2 atas 1 kanvas. mcm2 cara mengikut individu. bangkel tu dibimbing oleh Yusof Gajah dan rakan2nya. mmg best bila dpt belajar melukis dengan seorang pelukis terkenal. sedikit-sebanyak, ilmu dr dia dpt dikongsikan dengan kami. terima kasih kepada LADA Langkawi yang menjadi penganjur bengkel tersebut. ........


hasilnya... lukisan2 di bawah ni la..... tp lukisan ni semua adalah hak milik LADA sebagai penganjur. dan yg aku paling suka dan sedikit bangga apabila lukisan kump aku ada dipamerkan di dpn Underwater World semasa 1 karnival diadakan, tp aku lupa karnival apa.... mungkin Pesta Air....em..x pasti pulak.


yeeaahh...ini lukisannya...............



ini dr kump Rafuan



hah...ini lukisan kumpulan aku....



kump Siti Norain Kaswa..



kump Din

ada lg lukisan lain.... tp xde plak gmbarnya.... ini ja yg tinggal. sekurang2nya ada jugak utk kenangan dan ingatan aku. huhuhu.....

Saturday, January 1, 2011

jengah kembali

Assalamualaikum sahabat sekalian....
Rasanya dah agak lama aku tinggalkan blog ni. Melangkahnya kita ke tahun 2011...
Selamat Tahun Baru yer semua. Semoga kita akan beroleh sesuatu yang lebih bermanfaat pada tahun ini.


Yeaahh...meninggalkan 2010 yang penuh dengan kenangan suka duka. Kenangan yang pasti akan terpahat diingatan walau sepahit mana pun ia. Kenangan yang akan memberi pengajaran untuk diteladani oleh diri aku sendiri.


29.12.2010: Genapnya aku 22 tahun. Tahun ni aku dapat banyak ucapan ulangtahun kelahiran dari sahabat handai terutamanya di laman sosial "facebook". Terima kasih semua kerana membuatkan aku tersenyum dan gembira. Umur makin meningkat dan tanggungjawab akan bertambah juga.


Detik 12 tengah malam akhir 31 Disember 2010: emm...aku hanya di bilik seorang diri. Kawan-kawan lain mungkin sedang berseronok menyambut tahun baru. Dari jendela aras 6 ini, aku dapat juga melihat percikan bunga api. Berasa sedikit terhibur dan kemudian menyepi semula. Hampir jam 1.00 pagi, aku menelefon kawan sekerja semasa aku bercuti sebelum-sebelum ini (Jun & Na). Dua sahabat yang sentiasa ada bila-bila sahaja. Gembira atau sunyi. Ada sahaja kerenah dan telatah mereka yang menyenangkan hati, melucukan. Tak lupa juga teman sekolah aku dulu, Shahida. Teman yang baik dan menyenangkan Semoga dia dan keluarga sentiasa gembiga.Terima kasih kawan...


emmm..... aku nak kongsikan gambar akhir tahun 2010 yang sempat aku ambil walau telefon bimbit aku hampir rosak..... huhuhu.....
zassss..........................Azilus 2010...



Lanskap UKM yang menarik hatiku utk mengabadikannya dalam koleksi gambar2ku.
Pokok2 hiasan yang berpucuk cantik.



Latihan Kebakaran Kolej Keris Mas, UKM.
Sempat lagi aku ambil gmbar.. huhuhu.. sekadar kenangan akhir tahun 3.
28.12.2010



ini ada satu lagi gambar. api yang sedang marak. menanti individu yang mahu cuba memadam menggunakan alat pemadam api.



Emmm...ikan laga milik sahabatku Umi Nazirokh.
dibeli oleh Dr. Zubir.
memandangkan Umi tak ada di kolej, aku yang menganbil ikan ini sementara tuannya balik.
semalaman di bilik aku. Ikan laga Siam ni mmg cantik.
dulu aku suka juga memelihara ikan laga, tetapi jenis tempatan sahaja. berwarna hitam. tetapi cantik dan digilai budak2 zaman itu termasuklah aku... huhuhu



Azilus 2010: 22 tahun
umur semakin meningkat... hehehe

My little Tarantula