Total Pageviews

Saturday, January 1, 2011

jengah kembali

Assalamualaikum sahabat sekalian....
Rasanya dah agak lama aku tinggalkan blog ni. Melangkahnya kita ke tahun 2011...
Selamat Tahun Baru yer semua. Semoga kita akan beroleh sesuatu yang lebih bermanfaat pada tahun ini.


Yeaahh...meninggalkan 2010 yang penuh dengan kenangan suka duka. Kenangan yang pasti akan terpahat diingatan walau sepahit mana pun ia. Kenangan yang akan memberi pengajaran untuk diteladani oleh diri aku sendiri.


29.12.2010: Genapnya aku 22 tahun. Tahun ni aku dapat banyak ucapan ulangtahun kelahiran dari sahabat handai terutamanya di laman sosial "facebook". Terima kasih semua kerana membuatkan aku tersenyum dan gembira. Umur makin meningkat dan tanggungjawab akan bertambah juga.


Detik 12 tengah malam akhir 31 Disember 2010: emm...aku hanya di bilik seorang diri. Kawan-kawan lain mungkin sedang berseronok menyambut tahun baru. Dari jendela aras 6 ini, aku dapat juga melihat percikan bunga api. Berasa sedikit terhibur dan kemudian menyepi semula. Hampir jam 1.00 pagi, aku menelefon kawan sekerja semasa aku bercuti sebelum-sebelum ini (Jun & Na). Dua sahabat yang sentiasa ada bila-bila sahaja. Gembira atau sunyi. Ada sahaja kerenah dan telatah mereka yang menyenangkan hati, melucukan. Tak lupa juga teman sekolah aku dulu, Shahida. Teman yang baik dan menyenangkan Semoga dia dan keluarga sentiasa gembiga.Terima kasih kawan...


emmm..... aku nak kongsikan gambar akhir tahun 2010 yang sempat aku ambil walau telefon bimbit aku hampir rosak..... huhuhu.....
zassss..........................Azilus 2010...



Lanskap UKM yang menarik hatiku utk mengabadikannya dalam koleksi gambar2ku.
Pokok2 hiasan yang berpucuk cantik.



Latihan Kebakaran Kolej Keris Mas, UKM.
Sempat lagi aku ambil gmbar.. huhuhu.. sekadar kenangan akhir tahun 3.
28.12.2010



ini ada satu lagi gambar. api yang sedang marak. menanti individu yang mahu cuba memadam menggunakan alat pemadam api.



Emmm...ikan laga milik sahabatku Umi Nazirokh.
dibeli oleh Dr. Zubir.
memandangkan Umi tak ada di kolej, aku yang menganbil ikan ini sementara tuannya balik.
semalaman di bilik aku. Ikan laga Siam ni mmg cantik.
dulu aku suka juga memelihara ikan laga, tetapi jenis tempatan sahaja. berwarna hitam. tetapi cantik dan digilai budak2 zaman itu termasuklah aku... huhuhu



Azilus 2010: 22 tahun
umur semakin meningkat... hehehe

No comments:

Post a Comment

My little Tarantula