Total Pageviews

Friday, March 11, 2011

alahai.... latihan ilmiah... idea apa mau msukkan lg nih?? blurr sudah otak ni....




Wednesday, March 9, 2011

Kaunter Pertanyaan

A




boring..boring...boring.... memang boring dok kat bilik ja seharian. asyik tidoq, dengaq lagu...apa keja x siap. so mlm ni aku lepak la kat FSSK. kononnya nak buat keja la.. ehhehe.... lepak mmg dah best smbil layan tesis. tapi ada plak yang lain mengganggu. ramai yang ada kls kat FSSK mlm ni tp bnyaknya budak fakulti lain. aku dah la dok kat meja paling hujung, dekat ngan laluan tepi tangga. alahai....x bestnya bila ramai ja yang lalu, pastu singgah kat meja aku... "tumpang tanya boleh, bilik ... kat mana yer?"...."assalamualaikum, bilik ni kat mana?"
menjawab la aku..... adoi...dah rupa kaunter pertanyaan aku rasa kat meja aku nih. hahhahaha.... ni yg rasa nak kenakan cas nih...1 pertanyaan lima kupang. mau lps mkn tengah hari aku esok kalau buat mcm tu... kahkahkah........


Monday, March 7, 2011

KERINDUAN DI HATI




Aku rindu untuk MELUKIS. Tapi sayang, semua berus lukisan aku tertinggal di kampung masa cuti yg lepas bila aku bawa balik untuk lukis mural di dinding sebuah TASKA. setakat lukis katun ja la.. huhuhu..tapi aku suka sebab boleh pertingkatkan skill melukis aku walaupun hanya melukis katun.




Hasil lukisan mural yg paling aku suka setakat ini



Pertahankan Permainan Tradisi

Assalamualaikum... 
hari ni aku nak bercakap sikit pasal permainan tradisional Melayu. Orang Melayu kaya dengan permainan tradisi, namun semakin hari semakin dilupakan oleh generasi muda kini. Mungkin disebabkan kemodenan yang semakin bercambah terutamanya teknologi dan IT. Antara permainan tradisi yang kita ada seperti congkak, batu seremban, gasing, wau, galah panjang dan mcm2 lagi. Aku ingat lagi kecik2 dulu masa p mengaji Al-Quran, masa tu kami akan p lebih awal... mengaji mula pukul 7, kami solat magrib berjemaah dan lepas tu mula mengaji. Tapi selalunya kami akan smpai awal antara pukul 5.50 atau 6.00 petang. Nampak mmc semangat nak p mengaji, tapi bila sampai ja, kami terus main..huhuhu. Macam2 kami main dan permainan tradisi ni selalunya bermusim. Permainan yang selalu kami main adalah batu seremban, congkak, tuju kasut, tuju tin, bola randas, getah, jengket...mcm2 la.... huhuhu...yang pastinya semua permainan tu best... setiap tempat ada permainan yang tersendiri dan kadang2 permainan adalah sama, cuma nama yang berlainan, contohnya batu seremban, kat tempat aku kami panggil batu lambung tangkap. Sesuai dengan cara permainannya yang mana batu dilambung dan kemudiannya ditangkap. 

Aku amat menyokong bila ada pihak yang berusaha untuk mengetengahkan kembali jenis2 permainan tradisional ni kepada masyarakat agar tidak dilupakan mcm tu saja. Baru2 ni pusat pengajian aku iaitu Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu ada melaksanakan satu program iaitu Hari Kecemerlangan dan Apresiasi Seni. Pelbagai program dijalankan seperti pertandingan sajak, pantun, gubahan bunga, anyanam ketupat, pameran busana...dan yang aku paling suka adalah pertandingan permainan congkak, sepak bulu ayam dan batu seremban. Penyertaan untuk pertandingan congkak dan batu seremban adalah yang paling menggalakkan. Yer lah kan, kami semua masih tahu permainan tu dan sentiasa merindui, jadi peluang untuk bermain permainan tu tidak akan dilepaskan walaupun aku kalah... hahaha.... program tersebut memang meriah. Bukan saja pelajar yang sertai, tapi pensyarah dan kakitangan pejabat turut ambil bahagian. Ini juga satu cara mengeratkan silaturrahim.... TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENJAYAKAN PROGRAM TERSEBUT... 


pameran busana oleh pelajar Program Kebudayaan Melayu


anyaman ketupat


gubahan bunga


sepak bulu ayam


batu seremban


pensyarah aku dari Program Persuratan Melayu yang sangat bersemangat 
menyertai pertandingan... huhuhuhu



Congkak


Semuanya bersemangat

Saturday, March 5, 2011

Hari Keluarga Persuratan Melayu-27.2.2011

assalamualaikum... alhamdulillah, selesai sudah Program Hari Keluarga Persuratan Melayu sesi 2010/2011 yang dianjurkan oleh pelajar tahun 3 Program Persuratan melayu, PPBKKM, FSSK, UKM. Bertempat di Hutan Lipur Lentang, Pahang. TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada semua yang memberikan kerjasama dengan baik. Hari-hari terakhir kita bersama di UKM, nikmatilah bersama dan semoga persahabatan kita semua berterusan.


Saturday, February 26, 2011

PERHATIAN

program hari keluarga dah makin dekat, kami pun sibuk la cr barang2 yg nak bwk nanti... hr khamis (25.2.2011) aku kluaq ngan sofrie p cr barang. sebelum mula operasi, kami mkn dulu kat Domino Pizza, guna kupon, so murah sket. mulanya nak cr arang ngan jaring/BRC utk BBQ, tp..... bila dah p kat satu stor barang nih, lain plak yg kami beli....MAKANAN RINGAN... hahaha.... hari ni baru aku ngan lukman plak p beli BRC ngan arang... barang2 bnyaknya letak kat bilik aku. dah jd stor bilik aku nih.. stor makanan.. kihkih






makanan ringan kat bilik aku... huhuhu...bnyak2... rasa mcm nak mkn ja, tp apakan daya.. family day punya...waaaaaaaa.........

Thursday, February 17, 2011

Hari Keluarga Persuratan Melayu sesi 22010/2011

2 minggi lg, hr keluarga Persuratan Melayu bakal berlangsung. semoga segala usaha dan kerja2 AJK berjalan lancar..... good luck semua. hampa semua mmg best....


kat bawah nih gambar kad undangan untuk pensyarah2 program Persuratan Melayu, banyak kali silap... akhirnya siap gak kadnya...


Saturday, February 12, 2011

Ribut kuat melanda Kolej Keris Mas

sepanjang hidup aku, inilah kali prtama aku berhadapan dengan ribut kuat. tersangat kuat. mulanya aku sangka puting beliung, tmbah pulak bila tngok bnyak daun  brterbangan.... tp bila perhati btoi2, hanya angin yang cukup kuat. daun yg trbang plak bukan setakat daun kering, ada jugak daun yg masih hijau. aku jd takut gak, takut atap yg trbang, pastu kena cermin tingkap... woo.... BAHAYA.!!! kwn aku kat bilik sebelah pun lari mai bilik aku. dah la kami dok aras 6, kalau jd apa2 mst susah nak kuaq dr bangunan nih.. berdoa ja la dlm hati. bila dah agak reda, aku ngan ken aku saja2 ronda hujung blok, ada tong sampah terbalik, penutur tong smpah tu plak terbang msuk dlm bilik air. ada gak board yg terbang...  em....  kul 6 lebih, hujan dah makin reda... suasana cerah semula..



penutup tong sampah yang terbang msuk ke dalam bilik air


angin kuat untuk kali kedua, tp x sekuat kali pertama



kelam, x nampak jalan



tong sampah terbalik, dan beberapa helai tudung yg diterbangkan angin

My little Tarantula