Total Pageviews

Wednesday, April 20, 2011

Ungu Karmila


"Bila halusinasi menguasai minda
Akal perlu bertindak
Berteraskan iman
Logik dan kewarasan
Mengukuh keadaan
Stabil..."




Aku baru menghabiskan bacaan novel karya Ramlee Awang Murshid setelah lama dalam simpanan. Kesempatan yang ada aku luangkan membacanya sejak dua hari yang lalu.

Cerita thriller yang menarik, dijalinkan dengan unsur mistik (hantu). Namun sebenarnya yang terjadi adalah halusinasi. Racun pada sejenis bunga hutan yang dicambahkan secara kacukan dengan ros menghasilkan sejenis bunga berwarna ungu yang akhirnya diberikan nama UNGU KARMILA. Nama bunga diberikan oleh Arif sempena nama isternya Karmila yang kebetulan menyukai warna ungu. Arif, seorang ahli bioteknologi sering mengkaji bagi menghasilkan spesis kacukan bunga baru untuk dipasarkan. Namun dia terleka dengan satu bunga hutan yang akhirnya membawa padah. Bunga hutan tersebut adalah sejenis bunga beracun. Penyebaran racunnya berlaku melalui dua cara iaitu pendebungaan (masuk melalui rongga hidung-sedutan) dan melalui tusukan duri pada batangnya (umpama patukan ular). Racun menyerang organ penting dan saraf. Kesan utama yang dihadapi oleh mangsa adalah berhalusinasi (kemunculan bayangan dalam minda-perbuatan masa silam,kebencian dan apa saja yang difikirkan oleh mangsa). Mangsa akan menjadi takut pada bayangan tersebut sehingga boleh mencederakan diri dan juga orang di sekeliling. Orang asli di kawasan tersebut menganggap perkara itu adalah disebabkan oleh amukan penunggu hutan yang mengamuk apabila Arif melanggar pantang-larang iaitu telah pergi ke kawasan bunga tersebut walaupun telah dilarang oleh Tok Batin.


        Konflik berlaku apabila Arafat mengupah lima orang yang terdiri daripada dua kelompok iaitu "penghalau hantu" dan "yang tak takut hantu" ke Villa Sunyi tersebut bagi mencari pembunuh sebenar dalam kejadian kematian keluarga adiknya Arif dan isterinya, Karmila serta orang gaji Jainab pada tahun 1999. Kemuncaknya adalah setiap orang yang berada dalam villa tersebut berhalusinasi sehingga mencederakan serta membunuh. Setiap meraka dihantui masa silam yang sebenarnya adalah halusinasi yang terhasil akibat serangan racun bunga Ungu Karmila dalam rumah tersebut. Dr. Ismadi menemukan jawapan dari kekusutan situasi yang berlaku walaupun dia sendiri turut diserang situasi halusinasi. Dino yang dapat melarikan diri dari rumah tersebut juga akhirnya pulih melalui putaran udara segar dalam hutan yang turut meningkatkan sistem antibody dirinya. Dr. Ismadi menggunakan ubatan moden dan senaman yang konsisten bagi meningkatkan daya pertahanan dalam dirinya dan akhirnya halusinasi itu berjaya disingkirkan. Segalanya berubah menjadi baik.

Bunga hutan di kawasan larangan terus BERKEMBANG dan hayatnya tiada siapa yang tahu.

No comments:

Post a Comment

My little Tarantula