Total Pageviews

Monday, March 7, 2011

Pertahankan Permainan Tradisi

Assalamualaikum... 
hari ni aku nak bercakap sikit pasal permainan tradisional Melayu. Orang Melayu kaya dengan permainan tradisi, namun semakin hari semakin dilupakan oleh generasi muda kini. Mungkin disebabkan kemodenan yang semakin bercambah terutamanya teknologi dan IT. Antara permainan tradisi yang kita ada seperti congkak, batu seremban, gasing, wau, galah panjang dan mcm2 lagi. Aku ingat lagi kecik2 dulu masa p mengaji Al-Quran, masa tu kami akan p lebih awal... mengaji mula pukul 7, kami solat magrib berjemaah dan lepas tu mula mengaji. Tapi selalunya kami akan smpai awal antara pukul 5.50 atau 6.00 petang. Nampak mmc semangat nak p mengaji, tapi bila sampai ja, kami terus main..huhuhu. Macam2 kami main dan permainan tradisi ni selalunya bermusim. Permainan yang selalu kami main adalah batu seremban, congkak, tuju kasut, tuju tin, bola randas, getah, jengket...mcm2 la.... huhuhu...yang pastinya semua permainan tu best... setiap tempat ada permainan yang tersendiri dan kadang2 permainan adalah sama, cuma nama yang berlainan, contohnya batu seremban, kat tempat aku kami panggil batu lambung tangkap. Sesuai dengan cara permainannya yang mana batu dilambung dan kemudiannya ditangkap. 

Aku amat menyokong bila ada pihak yang berusaha untuk mengetengahkan kembali jenis2 permainan tradisional ni kepada masyarakat agar tidak dilupakan mcm tu saja. Baru2 ni pusat pengajian aku iaitu Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu ada melaksanakan satu program iaitu Hari Kecemerlangan dan Apresiasi Seni. Pelbagai program dijalankan seperti pertandingan sajak, pantun, gubahan bunga, anyanam ketupat, pameran busana...dan yang aku paling suka adalah pertandingan permainan congkak, sepak bulu ayam dan batu seremban. Penyertaan untuk pertandingan congkak dan batu seremban adalah yang paling menggalakkan. Yer lah kan, kami semua masih tahu permainan tu dan sentiasa merindui, jadi peluang untuk bermain permainan tu tidak akan dilepaskan walaupun aku kalah... hahaha.... program tersebut memang meriah. Bukan saja pelajar yang sertai, tapi pensyarah dan kakitangan pejabat turut ambil bahagian. Ini juga satu cara mengeratkan silaturrahim.... TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENJAYAKAN PROGRAM TERSEBUT... 


pameran busana oleh pelajar Program Kebudayaan Melayu


anyaman ketupat


gubahan bunga


sepak bulu ayam


batu seremban


pensyarah aku dari Program Persuratan Melayu yang sangat bersemangat 
menyertai pertandingan... huhuhuhu



Congkak


Semuanya bersemangat

4 comments:

  1. kat tempat aku pggil batu selambut! bangga sbb masih pandai main pmainan tradisional smpai skrg! bangga asal dr kg sbb dr situ dpt kenal bdaya melayu sbnar... kat kg lah tersimpan 1001 memori indah & paling best masuk sawah bendang tgkap ikan (skali dapat lintah daaaaa).. :p

    ReplyDelete
  2. oyeeaahh...mmg best msuk bendang... huhuhu... i like, slalu gak tlong mak aku menanam, menyulam, taboq baja.... rindunya... dulu2 lg best, proses kumpul padi secara tradisional, kena kerat dulu pokok padi tu (mengerat), pastu pukul dlm tong besar..aku pun lupa apa namanya.. paling best, tangkap belalang, bakar, mkn... haha...sodap dong...

    ReplyDelete
  3. makan belalang bakar..Grrrr, gulp! apekah??? huhu.. bluekk

    ReplyDelete
  4. hahahahaa...x penah mkn ka???
    sodap cek oii... belalang lemak... waduh2... sodap2.. baunya yg wangi

    ReplyDelete

My little Tarantula